Pemain Korea Kritik Pengurusan, Padang Stadium Nasional Amat Teruk
MakanBola
FC Seoul
Sponsors

Bekas jeneral tengah Swansea City, Ki Sung-yueng tidak berpuas hati dengan kualiti padang Stadium Piala Dunia Seoul.

Sung-yueng yang kini beraksi untuk FC Seoul menyifatkan keadaan rumput yang terlalu panjang menyebabkan pasukannya dan lawan mereka, FC Gimcheon berdepan kesukaran bermain di situ.

Ad

Malah, situasi sama mengakibatkan Korea Selatan dan Thailand berdepan kesukaran dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada 21 Mac lalu.

Ad

“Rumputnya tidak bagus. Jika K-League ingin membangunkan lebih daripada itu, kita perlu beri perhatian kepada rumput padang iaitu asas kepada perkara asas.

“Tidakkah anda menonton dua perlawanan kelayakan menentang Thailand berturut-turut? Semasa perlawanan di tempat sendiri, pergerakan bola yang tidak tetap amat kerap (berlaku).

Ad

“Saya merasa (kasihan kepada) Gimcheonjeon. Rumputnya tidaklah sebagus mana kerana sukar untuk menunjukkan permainan normal (di atas padang berkenaan).

Ad

“Jika rumputnya tidak berdepan masalah, pemain-pemain boleh menunjukkan apa yang mereka sediakan dari padang latihan. Saya mahu menunjukkan permainan bola sepak yang lebih pantas dan agresif kepada penyokong,” katanya kepada portal MK selepas perlawanan.

Ad

Beliau membantu FC Seoul meraih kemenangan 5-1 ke atas Gimcheon semalam dalam aksi terbaru K-League 1 semalam.

Sung-yueng mengakui dengan musim sejuk yang melanda Korea Selatan beberapa bulan sebelumnya, pihak stadium berdepan kesukaran menjaga kualiti padang pada tahap terbaik.

Pada masa sama, beliau melihat kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak berdepan isu sama dari segi penjagaan padang.

“Tahun ini, padang (kelab-kelab) K-League nampak lebih teruk daripada biasa. Keadaan padang tidak seperti ini seperti mana pada April tahun lepas.

“Saya nak tahu kenapa rumput jadi begini selepas musim sejuk. Saya nak tanya jika tiada cara untuk memulihkannya.

“Bila saya menonton perlawanan bola sepak Inggeris (EPL) di rumah, saya cemburu dengan pemain-pemain yang beraksi di padang hijau (sempurna),” tambahnya.

Sung-yueng dilihat antara nama besar dalam saingan K-League 1. Semasa bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan, beliau merekodkan 110 penampilan dan 10 gol.

Selain Swansea, Sung-yueng juga pernah beraksi untuk Newcastle United, Sunderland, Glasgow Celtic dan Real Mallorca.