Pemain Liga Thailand Tiba-Tiba ‘Lemas’ Depan Gol Terbuka
Asia Tenggara
Thai League
Advertisements

Gelagat penyerang kelab Nakhon Pathom United, Evandro Paulista dalam perlawanan menentang Muanthong United semalam mencuri perhatian penyokong bola sepak Thailand.

Ini selepas penyerang berusia 36 tahun itu tiba-tiba tergelincir semasa hendak cuba menanduk bola muntah yang terlepas daripada penjaga gol Muangthong, Kawin Thamsatchanan.

Insiden ini berlaku pada minit ke-55 perlawanan dengan tuan rumah ketika itu selesa mendahului 2-0.

Advertisements

Nakhon Pathom sebelum itu mendahului menerusi dua gol kapten dan pemain tengah Ghana, Lesley Ablorh pada babak pertama.

Kegagalan Paulista membuka ruang kepada The Kirins merapatkan jurang menerusi penyerang Brazil, Willian Popp pada minit ke-64.

Paulista kemudiannya mendapat satu lagi peluang menambah kelebihan Nakhon Pathom pada minit ke-79 tetapi dinafikan Kawin.

Advertisements

Kegagalan bekas penyerang Trat itu dihukum pelawat dengan gol penyamaan yang dijaringkan bekas penyerang Getafe, Stefan Scepovic pada minit ke-84. Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Muangthong dan Nakhon Pathom masing-masing kekal di tangga kelapan dan kesembilan Thai League 1 meskipun berkongsi 22 mata.

Kualiti penyudah Paulista yang kurang memuaskan turut diberi markah 6.4 oleh Sofascore untuk perlawanan semalam.

Advertisements

Di media sosial, ramai peminat bola sepak yang tidak percaya bagaimana penyerang berpengalaman seperti beliau boleh terlepas peluang sebegitu rupa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram