Pemain Maghribi Lakar Sejarah Piala Dunia
MakanBola
Twitter/@brfootball
Sponsors

Pemain skuad wanita Maghribi, Nouhaila Benzina melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemain berhijab pertama beraksi dalam Piala Dunia Wanita.

Pencapaian tersebut dilakar apabila Benzina, 25, beraksi dalam kesebelasan utama Lionesses of Atlas dalam perlawanan kedua Kumpulan H menentang Korea Selatan hari ini.

Ad

Kebenaran buat pemain wanita memakai penutup kepala atas sebab keagamaan mendapat kelulusan FIFA pada tahun 2014.

Ad

Maghribi yang membuat kemunculan pertama dalam Piala Dunia Wanita 2023 mencipta sejarah dengan menewaskan Korea Selatan 1-0. Gol tunggal perlawanan disumbang oleh Ibtissam Jraidi pada minit keenam.

Kemenangan ini menyaksikan Lionesses of Atlas turut muncul sebagai pasukan Timur Tengah pertama meraih kemenangan dalam Piala Dunia Wanita.

Ad

Maghribi berpeluang untuk layak ke pusingan 16 pasukan terbaik dengan syarat mereka menewaskan Colombia dalam aksi terakhir kumpulan pada 3 Ogos.

Ad