Pemain Man Utd Raikan Piala Bersama Penyokong OKU
MakanBola
Give Me Sport
Sponsors

Minggu lepas, Man Utd menamatkan kemarau trofi mereka selama enam tahun dengan menjulang Piala Carabao. Lebih istimewa, seorang penyokong berstatus orang kelainan upaya (OKU) berpeluang meraikan detik istimewa itu bersama mereka.

Kelibat penyokong OKU bernama Patrick Barden ini dirakam oleh seorang pengguna media sosial semasa di Stadium Wembley. Dalam video tersebut, pemain-pemain United termasuk Marcus Rashford, Casemiro dan Bruno Fernandes memeluk dan beramah mesra dengannya.

Ad

Lahir dengan gangguan perkembangan otak yang dipanggil palsi serebrum (Cerebral Palsy), ibu bapa Barden diberitahu bahawa anak mereka ini tidak akan berjalan.

Ad

Tetapi lelaki hebat ini membuktikan pendapat para doktor ini salah dengan berupaya menamatkan dua perlumbaan maraton. Barden difahamkan bakal menyertai satu lagi perlumbaan maraton yang bakal diadakan pada Oktober tahun ini.

Dan bagi meraikan kemenangan Red Devils di Wembley, Barden berdiri dengan kedua-dua kakinya bagi membolehkan dia memeluk dan beramah mesra dengan para pemain.

Ad

Penyokong seperti Barden ini walaupun berstatus OKU tetapi mempunyai jiwa yang besar. Dan ini dilihat mampu menginspirasikan United untuk terus memburu tiga lagi trofi sehingga akhir musim.

Ad