Pemain Naturalisasi Negara Risaukan Arif Aiman

Arif JDT 13 Pemain Naturalisasi Negara Risaukan Arif Aiman
Johor Southern Tigers
Nik Faris @nikfalovic
8:23pm 03/07/2023

Pemain naturalisasi negara menyuarakan kebimbangan terhadap bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi.

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan antara individu paling penting dalam percaturan ketua jurulatih,Tano Solari di JDT.

Malah, beliau sering diberi tanggungjawab utama untuk menggalas peranan selaku pemain serangan pasukan pada musim ini.

Kudrat beliau bagaimanapun dilihat sebagai ancaman oleh pemain naturalisasi negara, Paulo Josue.

Pemain kelahiran Brazil itu sedar bahawa KL City berdepan dengan tugas mencabar untuk bertemu skuad Harimau Selatan yang turun dengan skuad terbaik di laman sendiri.

Paulo juga menyifatkan Arif sebagai salah satu senjata utama buat JDT ketika ini.

“Bukan mudah untuk merantai (Ariff Aiman Hanapi) dan gemar berdepan satu lawan satu. Dia tegap walaupun bertubuh kecil dan cukup sukar untuk merampas bola daripadanya.”

“Tetapi sudah pasti kami tidak hanya memberi tumpuan kepada mereka. Malah, pertahanan mereka walaupun sering naik tinggi cukup pantas untuk menutup semula ruang,” jelasnya kepada Astro Arena.

KL City tempang tanpa lima tonggak utama ekoran kecederaan selain ketiadaan Giancarlo Gallifuoco sudah pasti memberi kesan yang besar kepada barisan pertahanan pasukan.