Pemain Nottingham Forest Patah Kaki Selepas Beraksi 7 Minit
MakanBola
Nottingham Forest
Sponsors

Pemain tengah Nottingham Forest, Danilo Oliviera terpaksa melupakan musim baharu Liga Perdana Inggeris 2024/2025 yang baru sahaja bermula hari ini. 

Pemain muda berusia 23 tahun itu hanya sempat beraksi selama 7 minit berdepan Bournemouth bagi aksi pertama EPL. 

Ad
Sponsors

Kejadian itu berlaku ketika beliau mahu merebut bola di udara bersama pemain Bournemouth, Antoine Semenyo pelanggaran di udara menyebabkan beliau terjatuh sekaligus terkehel di kaki kiri bahagian buku lali.

Ad

Menurut jurulatih Nottingham Forest, Danilo disahkan mengalami patah kaki di bahagian buku lali. 

Ad

“Kami tahu dia kini berada di Hospital dan sedang menjalani beberapa ujian. Dia telah patah buku lali, Ianya agak serius. Ini adalah satu keadaan sedih menimpa semua orang.

Ad

“Kami akan merinduinya kualiti dan sumbangannya kepada pasukan. Kami doakan yang terbaik. Juga berharap tidak mengambil masa yang lama untuk kembali ,” kata Nuno Espirito Santo memetik laporan rasmi Kelab.

Ad

Perlawanan pertama Nottingham Forest menentang Bournemouth berakhir dengan keputusan seri satu sama.

Danilo Oliviera, baru sahaja menyertai Nottingham Forest dari Palmeiras pada musim lepas. Untuk rekod, beliau telah beraksi sebanyak 29 perlawanan dan telah berjaya menjaringkan dua gol dan dua bantuan jaringan.