Dunia
@QudsNen
Advertisements

Kekejaman rejim Israel terhadap warga Palestin seakan tiada kesudahannya. Terbaru, seorang pemain bola sepak Palestin dibunuh seorang pendatang haram Israel di Turmus Ayya, sebuah bandar yang terletak di utara Ramallah.

Advertisements

Omar Abu Qatin, 25, mati dibunuh di hadapan rumahnya. Pembunuhan ini merupakan sebahagian insiden keganasan yang dilancarkan pendatang haram Israel sekitar bandar berkenaan beberapa hari sebelumnya.

Berdasarkan laporan Arab News, pendatang-pendatang ini yang mendapat sokongan tentera rejim bertindak bukan saja membakar rumah-rumah penduduk. Malah, mereka tidak teragak-agak menyerang dan memukul penduduk Palestin sekitar Turmus Ayya.

Advertisements

Menurut Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Omar yang juga pemain kelab divisyen tiga Palestin, Turmus Ayya merupakan pemain bola sepak kedua yang dibunuh rejim dalam tempoh enam bulan.

“Omar mati ditembak di bahagian dada ketika berada di rumahnya yang terletak dekat Turmus Ayya, utara Ramallah.

Advertisements

“Situasi ini berlaku selepas pendatang Israel melakukan serangan terhadap perkampungan dengan membakar sedozen rumah dan menyerang orang ramai,” kata PFA dalam satu kenyataan di Facebook.

Susulan itu, PFA mendedahkan rejim Israel melancarkan banyak serangan ke atas atlet terutama pemain bola sepak. Justeru, mereka menggesa satu siasatan dibuka bagi menuntut keadilan buat keluarga pemain tersebut.

Ini termasuk kerjasama daripada Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi memastikan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan.

Kami di MakanBola mengecam tindakan jahat rejim Israel yang berterusan merampas tanah warga Palestin sebagai asas kepada negara haram mereka.

Kami juga berduka di atas pemergian Omar, semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram