Pemain Perak Terima Panggilan Kyrgyzstan
MakanBola
Perak FC

Pemain tengah Perak FC, Adilet Kanyebekov menerima panggilan menyertai skuad kebangsaan Kyrgyzstan.

Khidmat pemain berusia 22 tahun itu dipanggil jurulatih The White Falcons, Maksim Lisitsyn bagi menghadapi dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Perkara ini turut disahkan pengurusan Perak dalam satu kenyataan. Sekiranya Kanyebekov diturunkan dalam dua aksi tersebut, beliau berpeluang membuat penampilan pertama buat Kyrgyzstan.

Ad

“Tahniah diucapkan buat Adilet Kanybekov yang mendapat panggilan skuad kebangsaan Kyrgyzstan sebagai persiapan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kanyebekov sudah merekodkan 23 penampilan, dua gol dan satu bantuan gol buat The Bos Gaurus untuk musim 2024/25.

Ad

Kyrgyzstan bakal menentang negara serantau, Uzbekistan dalam aksi ketujuh Kumpulan A pada 20 Mac. Ini disusuli aksi menentang Qatar pada 25 Mac.

Ad

The White Falcons perlu berada di kedudukan ketiga atau keempat kumpulan jika mahu mara ke pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments