Advertising
Pemain Perancang Argentina Bakal Sertai JDT?
Transfer
MakanBola
San Lorenzo

Segar daripada kejayaan menjulang Liga Super musim 2023, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal membawa seorang pemain Argentina untuk aksi liga musim depan.

Pemain yang dimaksudkan ialah pemain tengah San Lorenzo, Jalil Elias. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berdarah Syria-Argentina itu bakal menyertai JDT sebagai ejen bebas.

Khabar angin perpindahan ini turut disokong satu ciapan seorang wartawan sukan Argentina bernama Cesar Luis Merlo di X semalam.

Ad

Merlo mendedahkan Elias bakal meninggalkan Los Santos sebagai ejen bebas pada Januari ini. Malah, pemain tengah berusia 27 tahun itu dikatakan sudah menandatangani kontrak jangka panjang dengan Harimau Selatan.

Ad

Sekiranya khabar angin ini disahkan, maka kelab gergasi Mexico, Necaxa pasti kecewa. Ini selepas Merlo mendedahkan Necaxa cuba mendapatkannya sekitar Jun lepas sebagai ejen bebas dengan memeterai perjanjian pra-kontrak sebaik kontrak beliau berakhir pada Januari ini.

Sejak menyertai San Lorenzo pada 2021, Elias sudah merekodkan 108 penampilan mengikut data Transfermarkt. Sepanjang tempoh itu, beliau menjaringkan empat gol dan mencipta tiga bantuan gol.

Ad

Ramai peminat JDT percaya sekiranya Elias tiba di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), beliau bakal jadi pengganti jangka panjang Leandro Velasquez.