Advertising
Pemain Persib Bandung Terkesima Lihat Skil Dahsyat Bojan Hodak
Asia Tenggara
MakanBola
Persib

Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak telah membuktikan kemampuannya dalam memimpin pasukan gergasi Indonesia itu dalam saingan liga musim ini. Persib kini di tangga kedua Liga 1 Indonesia di belakang Borneo FC.

Namun pasti ramai yang belum pernah melihat Bojan mempamerkan skil individu beliau. Dalam media sosial Tiktok rasmi Persib Bandung, satu video telah dimuat naik dengan memperlihatkan Bojan sedang mempamerkan sentuhan pertama yang menarik persis bekas pemain Real Madrid, Marcelo.

Video yang sudah mencapai 6 juta tontonan itu juga menyaksikan barisan pemain yang berada di bangku simpanan seolah-oleh terkesima dengan apa yang dilakukan Bojan. Bekas pengendali Kuala Lumpur City FC dan Kelantan itu diberikan tepukan gemuruh.

Ad

Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai yang turut memuji skil individu Bojan. Selain itu, nama Bojan juga disebut-sebut sebagai salah seorang jurulatih yang berjaya di Malaysia dengan beberapa kejayaannya bersama KL City dan Kelantan.

Ad
@persib

Emang boleh sesantuy itu Pak Bojan? 😅 #PERSIB #PERSIBOnTiktok

♬ Dj Hilang Kadang Ku Tak Tenang Ku Hanya Diam – DJ Buncit

Bojan hadir ke Persib Bandung pada penghujung Julai yang lalu. Sehingga kini, beliau sudah memimpin Persib dalam 13 perlawanan Liga 1 Indonesia dengan 8 kemenangan berjaya direkodkan selain 4 keputusan seri dan 1 kekalahan.

Ad
Ad

Ianya merupakan satu rekod yang baik buat Bojan yang menggantikan Luis Milla pada awal musim. Luis Milla dilepaskan daripada jawatan jurulatih Persib selepas gagal mencipta kemenangan dalam tiga aksi awal liga.

Ad