Pemain Selangor Masih Sayangkan Nidzam Jamil
MakanBola
Selangor FC

Kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin mendedahkan barisan pemain pasukan itu masih sayangkan pengendali mereka, Nidzam Jamil.

Jurulatih berusia 44 tahun itu berdepan tekanan apabila Merah Kuning tewas 3-0 kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi terbaru liga pada 27 Oktober lalu.

Ad

Penyerang Harimau Malaya, Romel Morales membuka tirai jaringan buat pelawat. Dua gol penjaring terbanyak Liga Super, Bergson da Silva memastikan kemenangan milik Harimau Selatan.

Ad

Kekalahan ini merupakan kekalahan kedua Selangor di tangan JDT untuk musim 2024/25. Sebelum ini, pasukan itu turut tewas kepada lawan sama di pentas final Piala FA 2024.

Meskipun berdepan tekanan daripada penyokong, Safuwan berharap khidmat bekas pemain kebangsaan itu dapat dikekalkan sebagai pengendali Selangor.

Ad

Ini kerana para pemain Merah Kuning cukup menghormati Nidzam. Malah, mereka bersedia memberi sokongan kepada beliau sehingga ke akhirnya.

Ad

“Ini sesuatu yang kami di sini sebagai satu pasukan untuk menyokong beliau (Nidzam Jamil). Seperti yang anda lihat, (kekalahan kepada JDT) ini agak sukar kepada pasukan.

Ad

“Saya tahu penyokong mahu pengurusan melakukan sesuatu tentang hal ini. Tapi saya mempunyai rasa hormat terhadap beliau kerana untuk melihat seorang jurulatih tempatan untuk melatih Selangor bukan mudah.

“Beliau seorang jurulatih yang hebat. Para pemain menyayangi beliau dan tak kira apa yang berlaku, kita akan berjuang untuk beliau sehingga ke akhirnya,” katanya kepada media selepas program Skechers Football Event di Football Republic Pavilion KL.

Keputusan ini menyaksikan Selangor ketinggalan lapan mata di belakang JDT yang terus gah bertakhta di persada liga.

Selepas ini, Merah Kuning bakal berdepan cabaran Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman pada 2 November ini.