Pemain Selangor Waspada Kejutan Kuching City
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pemain perancang Selangor FC, Yohandry Orozco mahu pasukan itu berwaspada menjelang aksi terbaru liga dengan Kuching City FC.

Kedua-dua pasukan sudah bertemu di peringkat suku akhir Piala FA 2024. Suku akhir pertama kejohanan menyaksikan Selangor tewas mengejut 2-1 di Kuching pada 29 Jun lalu.

Ad

Ini disusuli aksi suku akhir kedua di Stadium MBPJ pada 6 Julai lalu. Selepas terikat 4-4 secara agregat, Merah Kuning akhirnya berjaya mengatasi cabaran Kuching City menerusi penentuan sepakan penalti.

Ad

Orozco menyifatkan The Cats bukan saja tersusun dari segi corak pertahanan. Malah, pasukan itu mempamerkan semangat juang tinggi dalam setiap aksi yang disertai mereka.

Atas sebab itu, Orozco mahu rakan-rakan sepasukannya berjuang habis-habisan bagi memastikan tiga mata menjadi milik Merah Kuning.

Ad

“Kita tahu mereka satu pasukan yang bertahan dengn baik, mereka bertahan dengan meletakkan ramai pemain di belakang (dan) ini pasukan yang enggan mengaku kalah,” katanya dalam Nadi Bola yang disiarkan di Astro Arena.

Ad

Bila ditanya tentang siapa pemain The Cats yang patut diawasi, Orozco mengakui ada pemain yang menonjol dalam pasukan itu.

Ad

Pada masa sama, beliau tidak melihat itu sebagai satu isu. Ini kerana Selangor beraksi di gelanggang sendiri dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan bila kedua-dua pasukan bertemu nanti.

“Ya, ada beberapa pemain yang menonjol dalam pasukan itu. Tetapi kita tahu betapa pentingnya aksi ini dan Selangor berada di tempat sendiri,” tambahnya.

Merah Kuning bakal berentap dengan Kuching City di Stadium MBPJ pada 13 September ini.