Sebahagian besar pemain kelab China, Shanghai Shenhua keletihan dan tidak cergas bagi menghadapi tentangan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad kendalian Leonid Slutskiy mendapat tonik tambahan selepas meraih kemenangan dalam aksi terakhir Chinese Super League (CSL).
Pasukan itu bagaimanapun dihimpit dengan pelbagai masalah termasuklah pertengkaran akibat beberapa pemain yang bergelut untuk mengawal emosi.
Menerusi laporan dari media China, pemain Shanghai Shenhua dilaporkan tidak berada dalam keadaan cergas berdepan skuad Harimau Selatan setelah mengharungi hampir 30 perlawanan musim 2024/25.
“Aksi seterusnya menentang Johor, Slutsky perlu bimbang termasuklah sama ada pemain asing akan mengalami kecederaan.
“Wu Xi, Yang Zexiang dan pemain lain telah beraksi secara berterusan dan kecergasan fizikal mereka juga telah mencapai tahap kritikal.
Perancang tengah, Joao Teixeira dilaporkan beraksi dalam kecederaan sehingga tamat permainan.
“Texera sudah pun cedera dan tiada pilihan selain bermain selama 90 minit,” ujar laporan tersebut.
Aksi JDT dan Shanghai Shenhua berlangsung pada 1 Oktober 2024 jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.