Ads
Pemain Singapura Sukar Beraksi Di Padang Malaysia
Asia Tenggara
Selangor FC

Pemain Singapura menzahirkan rasa sukar dan kurang selesa beraksi di padang Malaysia.

Advertisements

Aksi Piala Sultan Selangor 2024 menyaksikan pertembungan antara Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura.

Advertisements

Kemenangan 2-1 memihak Pilihan Selangor untuk mengekalkan kejuaraan buat kali ke-3 berturut-turut.

Advertisements
Advertisements

Perkara ini dikongsikan oleh pemain sayap Singapura, Faris Ramli kepada MakanBola yang menyatakan rasa bangga apabila dapat beraksi di Stadium Merdeka.

“Saya berbangga kerana dapat beraksi di stadium unggul Malaysia iaitu Stadium Merdeka. Pasukan pilihan Singapura juga telah beraksi sehabis baik hari ini.

Advertisements

Pemain berusia 31 tahun ini bagaimanapun mengakui permukaan padang dan hujan lebat sedikit menjejaskan permainan.

“Untuk beraksi atas permukaan padang sebegini, di Singapura tak ada banyak padang sebegini. Hari ini pun hujan, padang berat jadi saya memberi kredit kepada rakan sepasukan yang beraksi sebaik mungkin dengan kedaan padang yang sukar,” kata Faris Ramli kepada MakanBola.

Faris juga mengakui telah menyimpan banyak kenangan manis sejak kali pertama beraksi di Liga Malaysia pada tahun 2018.

“Ya, saya memiliki banyak kenangan manis di Malaysia. Saya juga punyai ramai kawan di sini. Untuk menerima sambutan sebegini memang baik,” katanya lagi.

Advertisements

Kemenangan Selangor kendalian Nidzam Jamil menyaksikan Gergasi Merah menjulang trofi ketiga bagi musim 2024/25 sekaligus menjadikan persiapan ke Asia makin rancak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram