Selepas meninggalkan Chonburi FC sebagai ejen bebas, ramai menyangka jodoh Faiq Bolkiah dengan Thai League 1 sudah berakhir. Tetapi jodoh pemain terkaya di dunia itu dengan liga berkenaan masih panjang apabila khidmat baginda disambar Ratchaburi FC.
Pengumuman perpindahan tersebut dibuat oleh The Dragons menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini.
🦈➡️🐲 DONE DEAL! Ratchaburi FC signs Brunei international Faiq Bolkiah.
The 25-year-old midfielder landed in the Thai League 1 when he joined Chonburi FC in the 2nd leg of 21/22. Faiq went on to make 31 appearances, scored twice, and registered 4 assists. pic.twitter.com/vQvTfQLj0L— Thai League Central (@TL_Central) June 16, 2023
Faiq dijangka mengisi kuota pemain import ASEAN yang sebelum ini diisi oleh pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid. Safawi telah kembali ke Johor Darul Ta’zim (JDT) FC selepas kontrak pinjamannya dengan The Dragons tamat pada akhir musim lepas.
Ratchaburi FC yang kini dibimbing jurulatih Brazil, Douglas Cardozo berharap Faiq dapat menunjukkan bisanya semasa bersama Chonburi FC musim lepas.
Sepanjang tempohnya bersama The Sharks, baginda merekodkan 31 penampilan dengan dua gol dan empat bantuan gol.