Asia
Advertisements

Pasukan Urawa Reds semakin jauh tersesat dari landasan prestasi mereka dihumban keluar dari saingan Emperor’s Cup hari ini selepas kalah 0-1 kepada kelab dikedudukan ke-18 saingan J2 League, Thespakusastsu Gunma.

Sejurus tamat perlawanan, para pemain Urawa Reds menuju kearah penyokong-penyokong yang hadir ke stadium dan pada ketika itu mereka telah dimaki atas muka atas kekalahan yang memalukan kepada pasukan dari Gunma itu.

gunma Pemain Urawa Reds Kena 'Maki Atas Muka' Selepas Dihumban Keluar Oleh Kelab Ke-18 Dalam J2 League.

Beberapa video mengenai perkara itu telah tular dan salah satu daripadanya adalah seperti berikut.

Advertisements

Perlawanan kalah mati pusingan ke-3 kejohanan Emperor’s Cup itu telah berlangsung di Shoda Shoyu Stadium, Maebashi.

Dari beberapa status yang diperhatikan dilaman sosial, ramai yang terkejut melihat reaksi penyokong-penyokong Urawa Reds terhadap pemain mereka dan menyatakan bahawa mereka perlu lebih bertimbangrasa terhadap pemain pasukan sendiri.

Tetapi apa yang ditunjukkan hari ini adalah karektor sebenar penyokong-penyokong Urawa Reds dan perkara seperti inilah yang banyak membezakan mereka dari penyokong kelab-kelab lain di Jepun.

Advertisements

“We Are Reds!”

Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika pasukan JDT menumbangkan Urawa Reds digelanggang sendiri tidak lama lagi dan apakah reaksi penyokong mereka untuk menghadapi perkara itu selepas prestasi tidak memberangsangkan selepas separuh musim 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram