Pemain Utama Indonesia Bakal Tinggalkan Liga Korea?
Transfer
PSSI
Advertisements

Bek kanan utama skuad Indonesia, Asnawi Mangkualam didakwa bakal kembali ke saingan Liga 1 Indonesia.

Ini disebabkan kontraknya bersama kelab K-League 2, Jeonnam Dragons bakal berakhir pada 31 Disember 2023.

Dengan perlawanan terakhir K-League 2 pada 26 November ini, Jeonnam dilihat tidak mempunyai peluang untuk kembali ke K-League 1.

Advertisements

Ini membuatkan penyokong Indonesia tertanya-tanya sama ada Asnawi akan kekal bersama Jeonnam atau tidak.

Beliau kini dikaitkan dengan perpindahan ke dua kelab Liga 1 Indonesia, PSM Makassar dan Persib Bandung. Begitupun, jurulatih Persib, Bojan Hodak merasakan jika ia berlaku sekalipun, terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

Pertama, Asnawi sudah pasti mahu kekal beraksi di luar negara terutama Korea Selatan biarpun mendapat tawaran dari kelab di tanah air.

Advertisements

Kedua, Persib perlu melepaskan beberapa pemain bagi menjayakan perpindahannya ke kelab itu.

“Dia berada di Korea dan saya rasa dia tidak akan meninggalkan Korea. Tentu saya saya senang jika bisa membawanya, tapi saya rasa dia tidak akan meninggalkan Korea,”

“Mungkin saja, kita tidak pernah tahu. Kami berusaha mencobanya tapi itu tergantung dengan budget dan pemain yang kami miliki.

Advertisements

“Kami harus melepas beberapa pemain, baru bisa mendatangkan pemain baru,”katanya seperti dilaporkan TribunWow.

Asnawi kini berada di Iraq bagi membantu Tim Garuda mendepani Iraq untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung pada malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram