Pemain Vietnam Simpati Dengan Nasib Pengendali Baru, Kim Sang-sik
MakanBola
VFF

Ketua pasukan Vietnam, Do Hung Dung meluahkan rasa simpati terhadap pengendali baharu pasukan kebangsaan, Kim Sang-sik.

Ini kerana Sang-sik hanya mempunyai masa lima hari sahaja untuk melatih pasukan Vietnam dalam menghadapi aksi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Filipina esok (6 Jun).

Ad

“Selepas 4 atau 5 hari latihan, semangat pemain sangat baik. Walaupun masanya singkat dan jadual padat, tetapi kami bersimpati dengan ketua jurulatih (Kim Sang-sik).

Ad

“Kami akan bermain dengan semangat yang tinggi. Pasukan Vietnam berada dalam keadaan terbaik untuk melalui perlawanan berdepan Filipina,” jelas Hung Dung kepada TheThao247.

Mengulas mengenai taktikal Sang-sik, Hung Dung merasakan tiada apa yang terlalu istimewa mengenai taktikal jurulatih dari Korea Selatan itu kerana setiap jurulatih akan mempraktikkan taktikal terkini dan bukannya taktikal lapuk.

Ad

“Mengenai taktik dan gaya permainan jurulatih Kim, mungkin tidak terlalu istimewa. Jurulatih sering mengikuti taktikal terkini di dunia. Sejak kebelakangan ini, terdapat ramai jurulatih yang mempunyai gaya taktikal yang serupa. Bola sepak Vietnam pun sama.

Ad

“Jurulatih akan mengikuti falsafah dan trend itu untuk memendekkan jurang dengan bola sepak dunia, walaupun ia memerlukan banyak masa, tetapi itu adalah cara terbaik untuk menyepadukan.

Ad

“Walaupun kita akan gagal atau tersadung, jika kita ingin maju dan membangun, kita mesti berubah, bukan mengikut jalan lama,” luah Hung Dung lagi sidang media pra perlawanan.

Aksi Vietnam dan Filipina ini merupakan perlawanan pertama Kim Sang-sik sebagai ketua jurulatih Vietnam selepas menggantikan jurulatih terdahulu Philippe Troussier yang dipecat.

Vietnam kini berada di kedudukan ketiga Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dengan mengumpul 3 mata selepas 4 perlawanan. Vietnam perlu menang baki dua perlawanan untuk melayakkan mereka ke pusingan ketiga kelayakan dan tiket ke Piala Asia 2027.