Pemain Warisan England-Malaysia ‘Naik Pangkat’
MakanBola
League of Ireland
Sponsors

Seorang lagi pemain warisan England-Malaysia berjaya menembusi pasaran Liga 1 di Ireland.

Pertahanan kental yang dimaksudkan itu ialah Sam Bone yang kini mula menempa nama di Ireland sebelum pulang beraksi di England bersama Maidstone United di Divisyen 6.

Ad

Nasib anak kelahiran Kuching, Sarawak ini mula berubah selepas beliau menandatangani kontrak bersama Shelbourne di Premier Division sejak Julai tahun lalu.

Ad

Pertahanan tengah berusia 27 tahun itu telah beraksi sebanyak 8 perlawanan secara keseluruhan pada musim ini termasuklah 4 aksi dalam kempen Eropah iaitu aksi Kelayakan UECL 24/25.

Beliau juga pernah beraksi bersama beberapa kelab seperti Charlton, Shamrock Rovers, Waterford, St. Pat’s dan juga Dundalk.

Ad

Sam Bone juga merekodkan lebih 150 penampilan secara keseluruhan sepanjang kariernya sambil menyatakan keterujaan untuk kembali beraksi di Ireland.

Ad

“Saya sangat teruja untuk menyertai kelab. Peluang untuk bekerja dengan jurulatih adalah peluang besar dan saya sangat teruja kerana bekerja dengannya semasa saya masih muda. Saya juga pernah bermain dengan Joey O’Brien dan David McAllister.

Ad

“Saya terus menonton Liga Ireland setiap hari Jumaat semasa saya berada di England dan saya suka semangat dan arah kelab ini sedang tuju.

“Saya telah bermain dengan beberapa pemain dalam pasukan dan beberapa yang saya rapat dengannya,” katanya kepada kelab.

Baru-baru ini, Harimau Malaya telah menerima sentuhan dua lagi pemain warisan baharu iaitu Hector Hevel dan Gabriel Palmero namun masih belum beraksi menentang Nepal.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung identiti penambahan pemain warisan baharu sungguhpun DYAM Tunku Ismail mengesahkan terdapat 7 lagi pemain warisan luar negara bakal menyertai Harimau Malaya.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments