Pemain warisan Harimau Malaya tampil mendedahkan bahawa beliau tidak menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).
Harimau Malaya menerima sentuhan 5 muka warisan baharu pada kem latihan pusat Mei dan Jun lalu iaitu Jon Irazabal, Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan juga Rodrigo Holgado.
Skuad Harimau Selatan bagaimanapun telah mengumumkan perpindahan tonggak warisan Malaysia, Hector Hevel dari kelab Portugal, SC Portimonense bagi musim 2025-26.
JDT yang bakal dibimbing oleh Xisco Munoz bagi musim baharu juga telah mendapatkan khidmat pertahanan kental negara, Jon Irazabal yang sudah tamat kontrak bersama kelab Azerbaijan, Sabah FK.
Gabriel Palmero bagaimanapun tampil dengan penjelasan selepas pertanyaan mengenai masa depannya menjadi pertanyaan.
“Ayuh, datang datang dan bermain buat JDT,” ujar Syafiq Ahlil.
Palmero bagaimanapun memberi bayangan akan kekal bersama kelabnya CD Tenerife B dengan menyatakan bahawa tiada perpindahan yang terjadi.
“Minta maaf, perkara itu tidak betul,” balas Palmero.
Pemain berusia 23 tahun itu masuk selaku pemain gantian ketika Harimau Malaya menundukkan jaguh Asia Tenggara, Vietnam dengan keputusan 4-0 pada Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.