Pemain berdarah warisan Sepanyol dikesan berada dalam skuad Harimau Malaya.
Baru-baru ini, pengendali pasukan kebangsaan iaitu Peter Cklamovski telah mengumumkan senarai 27 orang pemain untuk melapor diri ke kem latihan pusat di Johor.
Kejutan berlaku di Johor selepas sosok pemain warisan Sepanyol dikesan turut menyertai panggilan kebangsaan kali ini.
Pemain yang dimaksudkan itu ialah penjaga gol muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Christian Abad Amat.
Pemain masa depan negara berusia 19 tahun itu melengkapkan senarai penjaga gol keempat Malaysia sebagai persiapan menjelang aksi pertama bagi Kelayakan Piala Asia 2027.
Beliau dikesan bersama barisan pemain kebangsaan termasuklah Syihan Hazmi, Haziq Nadzli dan juga Kalamullah Al-Hafiz.
Tugasan penting buat skuad kebangsaan dalam misi melakar kemenangan pada aksi pembukaan berdepan pasukan ke-175 dunia, Nepal di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac ini.
Penyerang naturalisasi negara, Paulo Josue optimis untuk memastikan Harimau Malaya tampil lebih baik berdepan Nepal kali ini.
“Kita hadapi mereka (Nepal) saya tak ingat tarikhnya bila (aksi persahabatan tak rasmi Mac 2024). Saya tak pasti kita hadapi mereka dengan skuad penuh.
“Kita perlu buat persiapan dengan baik, kita perlu tahu tentang pasukan itu. Seperti yang saya kata sebelum ini, kita perlu jadi lebih baik setiap hari,” tambahnya.