Pembelian RM450 Juta Man United Bertukar Mimpi Ngeri
EPL
Manchester United
Advertisements

Sejak menyertai Man United dengan yuran perpindahan £60 juta (RM450 juta), Mason Mount berdepan kesukaran merebut kesebelasan utama pasukan itu.

Mengikut statistik terbaru Transfermarkt, Mount hanya merekodkan 12 penampilan dalam semua kejohanan.

Dalam tempoh tersebut, pemain tengah England itu hanya merekodkan satu bantuan gol dan tidak menjaringkan gol.

Advertisements

Kali terakhir Mount menjaringkan gol ialah perlawanan Chelsea menentang Bournemouth pada musim lepas. Perlawanan tersebut menyaksikan Chelsea menang 2-0.

Keadaan ini tidak dibantu dengan masalah kecederaan yang dialaminya pada awal musim dan prestasi United yang tidak menentu.

Selain itu, Mount juga perlu bersaing dengan kapten, Bruno Fernandes untuk posisi pemain tengah menyerang. Ini kerana posisi inilah yang menyerlahkan potensinya semasa bersama The Blues sebelum ini.

Advertisements

Biarpun pengurus Erik ten Hag cuba menggunakannya di bahagian tengah, bahagian tersebut masih lagi bermasalah dan belum menemui jalan penyelesaian.

Bagi legenda United dari Bulgaria, Dimitar Berbatov, beliau tahu Mount memiliki kualiti untuk berjaya di Old Trafford.

Begitupun, beliau mengingatkan pemain itu bahawa beliau juga perlu beraksi dengan bagus bagi menjustifikasikan yuran perpindahan yang dinyatakan.

Advertisements

“Beliau (Mount) nampak macam hilang arah dari semasa ke semasa tapi kita tahu kualiti yang dimilikinya.

“Beliau dibawa (ke kelab) dengan yuran perpindahan besar yang membawa kepada jangkaan besar (daripada penyokong) tetapi pada masa sama tahap tekanan juga akan meningkat.

“Pada ketika ini, beliau tahu beliau perlu menunjukkan prestasi bagus, beliau tahu beliau perlu bangkit dan menunjukkan kualiti yang kita ketahui,” katanya seperti dilaporkan Daily Mirror.

Advertisements

Mount dijangka kembali memperkuat kesebelasan utama apabila United menentang Everton di Goodison Park pada hujung minggu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram