Pemilihan Junior Eldstal Ke Kem Kebangsaan Cetus Persoalan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon telah pun mengeluarkan senarai 26 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1.

Perlawanan persahabatan menentang Syria dan China itu bakal dilangsungkan pada 6 dan 9 September 2023 ini. Kedua-dua perlawanan itu akan diadakan di Chengdu, China.

Antara pemain bintang yang tersenarai dalam panggilan kali ini adalah Dion Cools (Buriram United), Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim) dan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim.

Advertisements

Namun disebalik panggilan lengkap 26 pemain ini, segelintir penyokong Harimau Malaya meluahkan rasa terkejut dengan pemilihan pemain yang kini berkelana ke Indonesia bersama Dewa United iaitu Junior Eldstal.

Hasil tinjauan di laman Twitter, terdapat beberapa penyokong yang mempersoalkan pemilihan Junior ke kem kali ini. Ini kerana Junior mempunyai minit permainan yang sangat sedikit iaitu sebanyak dua minit sahaja.

Advertisements

Pemilik akaun Twitter, YoloAtHome berpendapat minit permainan yang direkodkan Junior sepanjang tahun ini agak sedikit. Pemilik akaun Twitter itu juga mengangap situasi ini agak tidak adil bagi pemain-pemain lain seperti Feroz Baharudin dan Harith Haiqal yang beraksi dengan baik tahun ini.

https://twitter.com/Yoloathome/status/1694231605941051778

Manakala pemilik akaun Twittwer, OneFootball.my pula turut mempersoalkan panggilan Junior ke kem kebangsaan kali ini. Pemilik akaun tersebut turut menyenaraikan tiga pemain yang beraksi baik musim ini namun tidak dipanggil iaitu Afiq Fazail, Samuel Sommerville dan Feroz Baharudin.

Advertisements

Kim Pan-gon sudah tentu mempunyai jawapan mengenai barisan pemain yang dipilih. Setiap pemain yang dipilih pasti sudah di analisa terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat. Sokongan padu harus diberikan kepada pemain-pemain ini bagi membawa nama negara di China.

Berjuang demi lencana di dada, berjuang untuk nama Malaysia!

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram