Pemilik Al-Nassr Dah Tak Tahan Dengan Ronaldo
MakanBola
Proxima Journada
Sponsors

Baru beberapa perlawanan bersama Al-Nassr, kehadiran Cristiano Ronaldo sudah mula dipertikai peminat Faris Najd. Dan susulan kekalahan kelab itu di tangan Al-Ittihad pada separuh akhir Piala Super Arab Saudi, tular video pengarah kelab itu merungut tentang ketumpulan legenda Portugal itu.

Selepas tamat perlawanan, pengarah Al-Nassr merasa marah dengan apa yang berlaku dan melihat Ronaldo tidak berbaloi dengan nilai gaji yang ditawarkan kelab Saudi itu.

Ad

“Berambuslah dari sini. Saya membelanjakan 200 juta euro (RM923.4 juta) dan dia (Ronaldo) hanya tahu membuat ‘Siuuu’. Ini tidak mungkin,” kata pengarah tersebut. Rakaman yang dimuatnaik di TikTok itu tular di semua platform media sosial.

Selain video tersebut, penyokong Al-Nassr juga sudah mula hilang sabar dengan Ronaldo susulan kekalahan mereka pada separuh akhir Piala Super Arab Saudi.

Ad

Tular video penyokong-penyokong kelab itu memijak jersi nombor tujuh Al-Nassr di luar Stadium Antarabangsa Raja Fahd.

Ad

Ini mengundang persoalan berapa lama bekas penyerang Man Utd itu akan terus berada di kelab berkenaan. Tetapi bagi pengurus Faris Najd, Rudi Garcia percaya Ronaldo akan kembali beraksi di Eropah sebelum menggantung but.