Pemilik Buriram United Sokong Pelaksanaan FFP
MakanBola
Buriram United
Sponsors

Pemilik kelab gergasi Thailand, Buriram United menyokong pelaksanaan Peraturan Fair Play Kewangan (FFP) dalam saingan Thai League.

Hasrat itu dizahirkan Newin Chidchob apabila mengulas tentang nilai pakej kewangan yang diterima pasukan-pasukan Thai League saban tahun.

Ad

Newin melihat yuran hak bernilai 20 juta baht (RM25 juta) yang diterima kelab seperti Buriram sudah tidak cukup untuk meliputi belanjawan pasukan itu.

Ad

“Jumlah penyokong, jualan dan penajaan mewajarkan (lebih banyak pelaburan). Pelaksanaan FFP yang tegas memihak kepada kita,” katanya seperti yang dikongsikan wartawan sukan Thailand, Ta Lao.

“Yuran hak sebanyak 20 juta baht (RM25 juta) tidak cukup untuk belanjawan yang kompetitif (antara 200 hingga 300 juta baht (RM25 juta hingga RM38 juta)).

Ad

“Kami meraih 300 juta baht (RM38 juta) menerusi penaja/jualan cenderamata dan hadiah dengan membina kualiti dan nilai pasukan. Nak dapat lebih, nilai (pasukan) perlu ditingkatkan.”

Ad

Buriram United muncul juara liga musim 2024/25 selepas menewaskan Nongbua Pitchaya dalam aksi terakhir liga.

Ad

Pasukan itu berpeluang menambah tiga lagi trofi iaitu Shopee Cup, Thai FA Cup dan Thai League Cup.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments