Pemilik Chelsea, Todd Boehly mendakwa pada awalnya bahawa skuad The Blues akan layak ke Liga Juara-Juara Eropah setiap musim.
Chelsea kini berada di tangga ke-9 liga dan ia berkemungkinan besar skuad kendalian Graham Potter ini gagal untuk berada di kedudukan empat terbaik dalam Liga.
Namun sebaliknya, Todd Boehly berpendapat dengan berbelanja dalam pelbagai perkara akan sentiasa layak ke Uefa Champions League (UCL)
Umum mengetahui, Chelsea merupakan kelab yang paling tinggi berbelanja dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas mendapat pemilik baru tahun lepas.
Chelsea boleh untuk layak secara automatik jika berjaya memenangi Liga Juara-Juara pada musim ini.
Menurut Sports Joe, terdapat beberapa ejen yang berhubung dengan pemilik Chelsea itu mendakwa Todd mati-matian menganggap The Blues akan layak secara automatik ke UCL pada setiap tahun.
Boehly didakwa menjerit “Mengarut” sebelum beliau mengakui perkara yang sebenar selepas menyemak semula dengan penasihatnya. Beliau dilihat seakan-akan ‘Terlupa’ berkenaan perkara ini.

Skuad The Blues akan bertemu pasukan gergasi Jerman, Borussia Dortmund bagi pusingan ke-16 peringkat kalah mati dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah bermula 16 Februari ini.
Dalam lapan perlawanan yang telah berlangsung, The Blues hanya memenangi dua perlawanan, tiga seri dan tiga kekalahan.
Skuad kendalian Graham Potter masih dalam fasa penyesuaian taktikal, persefahaman antara pemain memandangkan rata-ratanya pemain baru baharu.