Pemilik Monza Janji ‘Hadiahkan’ Pelacur Kepada Pemain Jika Cipta Kejutan
Dunia
Advertisements

Pemilik kelab Serie A, AC Monza, Silvio Berlusconi menawarkan hadiah pelik kepada para pemainnya jika kelab itu berjaya mencipta kejutan menewaskan kelab gergasi dalam saingan liga musim ini.

Bekas Perdana Menteri Itali itu, yang membeli Monza pada 2018, memberitahu pemainnya dalam satu majlis makan malam kelab itu bersempena perayaan Krismas:

“Musim lalu kita bermain di Serie B, sekarang di Serie A dan kita akan bertemu pasukan-pasukan gergasi seperti Juventus, Inter Milan, AC Milan. Jika kamu boleh menewaskan pasukan-pasukan ini, saya akan bawa sekumpulan pelacur ke bilik persalinan, semoga ia menjadi motivasi tambahan buat anda semua.”

Advertisements

Kata-kata Berlusconi yang juga senator dalam Parlimen Itali itu disambut dengan gelak ketawa dan dianggap sebagai tidak lebih daripada gurauan kasar, memandangkan dia memang dikenali dengan sikap sebegitu.

Namun tidak semua boleh menerima kata-kata Berlusconi yang pernah menjadi tokoh paling dominan dalam arena politik Itali, sama ada ia gurauan ataupun benar-benar dimaksudkan.

Daniela Sbrollini, seorang senator wanita dari parti pembangkang, menyelar ia sebagai mencerminkan wajah sebenar Berlusconi yang sememangnya seorang lelaki tua yang gatal.

Advertisements

Dia pernah didakwa melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 2011 namun dibebaskan pada 2015 selepas hakim memutuskan bahawa Berlusconi tidak tahu umur sebenar mangsa.

Dalam pada itu, saingan Serie A yang sedang berehat bagi memberi laluan kepada Piala Dunia akan kembali bersambung pada 4 Januari, dengan Monza yang merupakan pendatang baru akan menentang Juventus dua kali (dalam saingan liga dan Piala Itali) serta Inter Milan pada bulan depan.

Manakala pertembungan menentang AC Milan yang pernah dimiliki Berlusconi selama tiga dekad sebelum ini pula dijadual pada pertengahan Februari.

Advertisements

Mereka kini menduduki tangga ke-14 Serie A selepas 15 perlawanan, sembilan mata di atas zon penyingkiran.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram