Peminat Liverpool Kecewa & Bakar Jersi Alexander-Arnold
MakanBola
Liverpool FC
Sponsors

Kekecewaan penyokong Liverpool terhadap Trent Alexander-Arnold semakin menebal apabila ada sesetengah penyokong sanggup membakar jersi yang tertera nama pemain itu.

Tindakan itu ekoran berita perpindahan Trent yang semakin hampir menyertai Real Madrid secara percuma.

Ad

Kontrak Trent Alexander-Arnold bersama Liverpool bakal tamat pada akhir musim ini dan sekiranya beliau memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya, beliau akan meninggalkan Liverpool secara percuma.

Ad

Malah Real Madrid kini dalam cubaan memuktamadkan perpindahan itu dengan lebih cepat apabila mahu Trent layak bermain bersama Madrid seawal Jun ini dalam aksi Piala Dunia Kelab 2025.

Berita perpindahan ini semestinya mengecewakan para peminat Liverpool kerana Arnold merupakan pemain akademi yang digilap di kelab tersebut dan pernah dicanang-canang sebagai bakal legenda Liverpool suatu hari nanti.

Ad

Trent menyertai akademi Liverpool sejak usia 6 tahun dan pertama kali melakukan debut senior pada Oktober 2016, 9 tahun lalu.

Ad

Trent kemudian pantas meraih posisi bek utama pasukan dan kini telah melakukan hampir 350 penampilan bersama Liverpool dan England.

Trent turut membantu Liverpool meraih trofi Liga Juara-Juara Eropah, kejuaraan Premier League dan Piala Carabao dibawah kendalian Jurgen Klopp sebelum ini.

Keinginan Trent untuk kekal bersama Liverpool mula goyah apabila Liverpool tersingkir dalam 3 kejohanan berbeza (Piala Carabao, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah) dalam masa yang singkat sekaligus beliau mula terbuka untuk berpindah keluar.

Keputusan pemain England itu untuk pergi secara percuma menambah bengang di fikiran penyokong Liverpool kerana kelab akan gagal mendapatkan sebarang wang perpindahan untuk status pemain bintang itu.

Kini tular beberapa video yang menunjukkan segelintir penyokong yang mula membakar jersi dengan nama Trent Alexander-Arnold sebagai satu protes kekecewaan terhadap pemain itu.

Status perpindahan Trent ke Real Madrid ketika ini masih dalam perbincangan namun semakin hampir setelah Arnold menyatakan keinginan untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu.

Selain Trent, Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk juga antara pemain yang bakal tamat kontrak bersama Liverpool pada akhir musim ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments