Peminat Persib Puji Keputusan Bojan Hodak ‘Pancing’ Kevin Mendoza
Asia Tenggara
Persib
Advertisements

Keputusan Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak membawa masuk Kevin Ray Mendoza dari Kuala Lumpur City (KL City) ketika jendela perpindahan Liga 1 Indonesia telah dipuji peminat kelab gergasi Indonesia itu.

Mendoza telah tampil buat kali pertama dalam perlawanan liga menentang Persik Kediri semalam. Biarpun tewas 0-2 di laman sendiri, namun Mendoza telah menampilkan aksi cemerlang apabila beberapa kali menyelamatkan gawang Persib dari terus dibolosi.

Melalui tinjauan di ruangan komen Instagram Persib, penjaga gol kebangsaan Filipina itu telah menerima pujian selepas aksi memukaunya semalam.

Advertisements

Selain itu, rata-rata penyokong Persib kini mengerti mengapa Bojan bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Mendoza ke Persib.

Malah mereka menganggap jika bukan Mendoza yang menjaga gawang Persib menentang Persik semalam, sudah tentu lebih banyak gol yang akan dilepaskan.

Pada aksi semalam, Persik berjaya meledak melalui sepakan penalti Renan da Silva pada minit ke-49. Penalti tersebut dihadiahkan selepas Mendoza menjatuhkan Renan da Silva. Selang 10 minit selepas itu, Anderson Nascimento berjaya menambah jaringan buat Persik melalui sepakan percuma.

Advertisements

Kedua-dua gol yang dilepaskan bukanlah dari pemainan terbuka dan penyelamatan yang dibuat Mendoza sepanjang perlawanan membuktikan bahawa perpindahannya ke Persib bukanlah satu kesilapan.

Persib kini di tangga ke-3 liga dengan mengumpul 39 mata selepas 22 perlawanan. Kedudukan mereka dibezakan 9 mata dengan pendahulu liga, Borneo FC dan dibezakan dua mata dengan pasukan di tangga kedua, Bali United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram