Penalti Bantu Sepanyol Tumbangkan Belanda
MakanBola
Seleccion Espanola
Sponsors

Sepanyol terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menyingkirkan Belanda menerusi sepakan penalti dalam aksi suku akhir kedua Liga Negara-Negara UEFA (UNL).

Selepas terikat 2-2 di Rotterdam baru-baru ini, La Roja dan Oranje sedar mereka perlu menang di Mestalla jika ingin mara ke peringkat separuh akhir UNL.

Ad

Mikel Oyarzabal mengetuai jentera serangan Sepanyol. Memphis Depay tampil membuat penampilan ke-100 bersama Belanda.

Penyokong Sepanyol mula bersorak apabila bek tengah Brighton, Jan Paul van Hacke dikesan menjatuhkan Oyarzabal dalam kotak penalti.

Ad

Bintang Real Sociedad itu tenang menyempurnakan penalti yang menewaskan penjaga gol Belanda, Bart Verbruggen pada minit kelapan.

Ad

Sepanyol hampir menggandakan kelebihan mereka lima minit selepas itu menerusi Nico Williams. Malangnya, percubaan deras bintang Athletic Bilbao itu dinafikan Verbruggen.

Ad

Bekas bintang Valencia, Justin Kluivert hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-23. Malangnya, percubaan beliau hanya melepasi palang.

Oranje terus memberi tekanan kepada La Roja tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung selepas rehat, perlawanan semakin rancak membabitkan kedua-dua pasukan. Belanda mengikat kedudukan 1-1 menerusi Depay pada minit ke-54.

Kali ini, giliran Robin Le Normand dikesan mengasari bekas bintang Manchester United itu dalam kotak penalti. Depay tenang menewaskan kapten La Roja, Unai Simon.

Keceriaan kem Belanda hanya bertahan selama 13 minit. Oyarzabal kembali meletakkan Sepanyol di hadapan dengan menanduk bola yang ditepis Verbruggen ke dalam gawang.

Tatkala Sepanyol menyangka mereka telah menempah tiket separuh akhir, Ian Maatsen mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-79.

Bintang Aston Villa itu melepaskan rembatan kaki kiri deras yang menewaskan Simon. Ini juga gol pertamanya dalam penampilan pertama Maatsen bersama Oranje.

Meskipun kedua-dua pasukan terus mengasak, keputusan 2-2 kekal sehingga tamat 90 minit perlawanan. Ini memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Bintang Barcelona, Lamine Yamal kembali meletakkan La Roja di hadapan pada minit ke-103 selepas menerima hantaran Dean Huijsen.

Keceriaan kem Sepanyol hanya bertahan selama sembilan minit apabila Xavi Simons menyempurnakan penalti buat Belanda. Keputusan 3-3 kekal sehingga tamat 120 minit perlawanan.

Kedua-dua kemudiannya mengharungi penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenang. Donyell Malen bernasib malang apabila penaltinya berjaya dinafikan Simon.

Ini membolehkan seorang lagi bintang Barcelona, Pedri menyempurnakan penalti sekaligus membantu Sepanyol menang dengan keputusan 5-4.

La Roja bakal bertemu dengan Perancis di peringkat separuh akhir UNL pada 5 Jun. Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Portugal dan Jerman.

Sofascore memilih Simons sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.5. Beliau hanya dipisahkan dengan Oyarzabal dengan kelebihan 0.1 mata.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments