Penang Taruh Minat Terhadap Bekas Penjaga Gol Selangor & Perak
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Penang FC bakal memiliki penjaga gol baru pada musim hadapan menggantikan penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel.

Sebelum ini, Sikh Izhan menggalas tanggungjawab menjaga gawang Sang Harimau Kumbang sepanjang musim 2024/25. Beliau merekodkan 30 penampilan dan sembilan rekod tanpa bolos.

Ad
Sponsors

Walau bagaimanapun, Sikh Izhan kini kembali menyertai Selangor FC selepas tempoh pinjamannya bersama Penang berakhir.

Ad

Situasi ini menyebabkan Penang dilaporkan mahu mendapatkan khidmat bekas penjaga gol Merah Kuning, Khairulazhan Khalid dan bekas penjaga gol Perak FC, Ramadhan Hamid.

Khabar angin perpindahan itu dikongsikan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

Ad

“Penjaga gol veteran Khairulazhan Khalid mungkin akan berpindah ke Pulau Pinang. Penjaga gol Perak Ramadhan Abd Hamid sedang dipantau oleh Pulau Pinang dan Polis,” katanya di X.

Ad

Khairulazhan meninggalkan Selangor selepas lebih sedekad bersama pasukan itu. Beliau membantu Selangor muncul naib juara Piala FA, Piala Malaysia dan muncul juara MFL Challenge Cup.

Ad

Ramadhan pula merupakan penjaga gol berpengalaman yang pernah beraksi untuk Kelantan FC, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Penang, PDRM dan UiTM FC.

Selain Khairulazhan dan Ramadhan, beberapa pemain lain turut dikaitkan dengan perpindahan ke Penang. Antaranya ialah Clayton da Silva dan Fazrul Amir Md. Zaman.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments