Penemuan Seorang Lagi Pemain Warisan Malaysia Di England
MakanBola
Wimborne Town FC
Sponsors

Laporan mengenai seorang lagi pemain warisan Malaysia yang beraksi di England mula menjadi topik bualan peminat.

Semuanya selepas Harimau Malaya berjaya mendapatkan sentuhan perancang tengah Portimonense SC, Hector Hevel bagi aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal.

Ad

Seorang lagi pemain warisan, Gabriel Palmero pula turut tersenarai dalam skuad awal yang dipanggil ke kem latihan pusat namun tidak tersenarai dalam skuad akhir.

Ad

Baru-baru ini, laman Harimau Abroad telah menyatakan berkenaan identiti seorang lagi pemain warisan dari England yang didakwa memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah perancang tengah Wimborne Town, Jez Bedford dicanang memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi datuknya.

Ad

“Jez Bedford layak mewakili Malaysia melalui datuk sebelah ibunya. Dia dinamakan Penyokong Wimborne Town, Pemain Pemain dan Pemain Terbaik Musim pada 2023,” ujar Harimau Abroad.

Ad

Beliau kini beraksi pada Non League Premier Southern South dengan kelabnya menduduki tangga ke-8 hasil 15 kemenangan, 12 seri dan 14 kekalahan.

Ad

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung status pemain ini sama ada benar-benar layak untuk mewakili Harimau Malaya.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments