Pengadil Liga Thailand Lincah, Lari Lagi Laju Berbanding Kapten BG Pathum
Asia Tenggara
Muangthong United
Advertisements

Seorang pengadil Thailand mencuri perhatian peminat bola sepak negara itu semalam apabila berlari lebih pantas berbanding kapten BG Pathum United, Sarach Yooyen.

Insiden ini berlaku semasa perlawanan Thai League 1 membabitkan Muangthong United dan The Rabbits semalam.

Penyokong Muangthong mula bersorak apabila penyerang mereka, Jaroensak Wonggorn mula membuat larian ke arah bahagian pertahanan pelawat.

Advertisements

Ini mendorong barisan pemain BG Pathum termasuk Sarach segera berlari untuk menyekat pergerakan Jaroensak.

Dan di sinilah, pengadil Songkran Bunmeekiart mencuri tumpuan peminat bola sepak Thailand.

Larian pengadil berusia 33 tahun itu semasa melihat larian yang dibuat Jaroensak cukup pantas sehingga beliau berjaya memintas beberapa pemain pertahanan BG Pathum termasuk Sarach.

Advertisements

Larian pantas penyerang Thailand itu kemudiannya disudahkan dengan gol kedua buat Muangthong pada minit ke-84. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 2-0 buat tuan rumah.

Video larian pantas Songkran itu kemudiannya tular di media sosial terutama selepas dikongsikan pemilik akaun X All Things Thai Football.

Ramai peminat bola sepak kagum dan memuji kepantasan larian yang dibuat beliau dalam perlawanan semalam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram