Pengadil Malaysia, Nazmi Nasaruddin terus diberi kepercayaan mengendalikan aksi-aksi berprofil tinggi di peringkat antarabangsa.
Ini selepas Kesatuan Bola Sepak Kyrgyzstan (KFU) memaklumkan beliau bakal bertanggungjawab mengendalikan aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara Kyrgyzstan dan Qatar.
Ini bukan kali pertama Nazmi diberi kepercayaan mengendalikan aksi kelayakan Piala Dunia 2026.
Sebelum ini, beliau bertanggungjawab mengendalikan aksi Australia-China, Kuwait-Jordan dan Korea Utara-Qatar.
Selain aksi kelayakan Piala Dunia 2026, beliau turut mengendalikan aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Antara aksi yang pernah dikendalikan Nazmi ialah aksi Al-Ain-Al Hilal, Al-Wasl-Al-Sadd dan Central Coast Mariners-Buriram United.
Reputasi beliau sebagai pengadil FIFA yang cekap turut menjadikan Nazmi antara calon pengadil yang bakal bertugas untuk Piala Dunia 2026.