“Pengajaran Yang Bagus Buat JDT” – Tano Solari
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari menganggap keputusan seri yang dicatat anak buahnya ketika berdepan Kedah Darul Aman sebagai satu pengajaran.

Kedah berjaya mengikat JDT di Stadium Darul Aman dalam aksi LS21 yang berkesudahan dengan keputusan seri, 3-3.

Advertisements

Tano Solari mengakui perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang sukar buat kem Harimau Selatan kerana pasukan lawan bermain dengan cukup baik.

“Satu perlawanan yang sukar kerana Kedah bermain dengan cukup baik. Kita bermula lemah di separuh masa pertama. Saya kira ini pengajaran yang bagus buat kami untuk sedar bahawa setiap perlawanan itu sukar.”

Advertisements

Beliau dalam pada itu juga menanggap keputusan ini sebagai satu peringatan buat anak buahnya untuk tidak terus angkuh dan memandang rendah dengan keupayaan lawan.

“Ini juga bagus untuk kami terus merendah diri dan ketahui bahawa bola sepak itu apabila kita tidak bermain 100 peratus ia akan membuat kita menderita,” ujar Tano Solari ketika ditemu bual Astro Arena selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Walaupun perlawanan terikat dengan keputusan seri, JDT masih mengukuhkan cengkaman di tangga teratas saingan Liga Super 2023.

Advertisements

JDT kini hanya tinggal selangkah untuk bergelar juara Liga Super 2023 selepas cemerlang mengumpul 61 mata secara keseluruhan daripada 21 perlawanan musim ini dengan 20 kemenangan dicatat dan 1 keputusan seri diraih skuad Harimau Selatan.

News Comments Account