Pengalaman Tembusi Pasaran Sepanyol Bantu Allee Putra ‘Hidupkan’ Kelantan
Liga Super
Kelantan & Malaga City
Advertisements

Kemunculan pemain muda baharu Kelantan FC, Allee Putra Azril ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan ramai peminat bola sepak tanah air.

Pemain berusia 18 tahun sudah menghabiskan dua musim bersama Akademi Malaga City di Sepanyol untuk terus mengembangkan potensinya di Eropah.

Beliau juga merupakan antara 14 pemain terbaik Akademi Malaga City yang ditawarkan biasiswa penuh bagi musim 2022-2023.

Advertisements

Kepulangan Allee ditagih oleh pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham untuk membantu The Red Warriors kembali mendapat sentuhan apabila terpelosok di tangga tercorot Liga Super.

Pemain kelahiran Bachok, Kelantan ini dimasukkan selaku pemain gantian pada babak kedua permainan yang menyaksikan anak didik Alfredo Vera berjaya menjaringkan satu gol.

Allee juga pernah menyatakan rasa bangga ketika berjaya membawa nama Malaysia di Malaga sebelum ini.

Advertisements

“Bola sepak setakat ini adalah sukan terbesar di Malaysia dan saya bangga mewakili negara saya di Sepanyol.”

Pemain tengah lincah ini bagaimanapun masih dalam proses menyesuaikan diri dengan gaya permainan pasukan dan rentak Liga Super.

Kelantan ketika ini memiliki beberapa prospek muda berbakat besar seperti Muhaimin Izuddin, Fazrul Amir dan lain-lain.

Advertisements

Pasukan Pantai Timur itu bagaimanapun kekal berada pada kedudukan tercorot liga dengan 5 mata selepas 18 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram