Pengarah Sukan Man United Undur Diri Mengejut
EPL
Manchester United
Advertisements

Pengurusan Man United bakal menyaksikan lebih banyak perubahan di bawah pemilik minoriti, Sir Jim Ratcliffe.

Ini selepas The Red Devils mengumumkan pengarah sukan kelab, John Murtough meninggalkan pasukan itu.

“John Murtough meletakkan jawatannya sebagai pengarah sukan Manchester United dan meninggalkan kelab selepas 11 tahun memegang pelbagai peranan di Carrington,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sebelum menggalas peranan sebagai pengarah sukan, Murtough memegang peranan sebagai pengarah akademi United (2013-2016) dan pengarah pembangunan pasukan (2016-2021).

Murtough dibawa masuk ke Old Trafford oleh bos lamanya dari Everton, David Moyes semasa menjadi pengurus United pada musim 2013/14.

Meskipun khidmat Moyes ditamatkan pada pertengahan musim sama, kerja keras dan analisis yang dilakukan beliau memikat barisan pengurusan eksekutif United diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketika itu, Ed Woodward.

Advertisements

Murtough kemudiannya dilantik sebagai pengarah sukan oleh Woodward pada 2021 dengan harapan dapat menambahbaik urusan perpindahan The Red Devils.

Malangnya, apa yang diharapkan beliau tidak berlaku. Ramai penyokong United tidak berpuas hati dengan kualiti pemain yang dibawa masuk sepanjang bergelar pengarah sukan pasukan itu.

Selepas pengambilalihan 25% saham minoriti yang diusahakan Ratcliffe mendapat kelulusan Liga Perdana Inggeris (EPL), ramai menjangkakan kedudukan beliau dalam bahaya.

Advertisements

Ini selaras dengan hasrat jutawan terkaya Britain itu yang mahu melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula kecemerlangan The Red Devils.

Dengan Murtough sah meninggalkan Old Trafford, satu nama dijangka mengisi jawatan tersebut iaitu pengarah sukan Newcastle United, Dan Ashworth.

Ketika ini, United mengadakan rundingan dengan The Magpies untuk memuktamadkan terma pampasan beliau.

Advertisements

Ini bagi membolehkan Ashworth tiba di Old Trafford dan membantu kelab berkenaan merencana urusan perpindahan menjelang tetingkap perpindahan musim panas 2024.

Bekas pengarah sukan Brighton & Hove Albion itu dijangka disertai pengarah bola sepak Southampton, Jason Wilcox di Old Trafford.

Menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, Wilcox bakal tiba di Old Trafford sebagai pengarah teknikal baru pasukan.

Kedua-dua figura ini bakal melengkapkan struktur baru pengurusan United yang direncana Ratcliffe dan diketuai CEO baru pasukan, Omar Berrada.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram