Pengendali Singapura Sasar ‘Bedil’ China
Asia Tenggara
FA Singapore
Advertisements

Ketua jurulatih skuad Singapura, Tsutomu Ogura mensasarkan bahwa pasukannya akan mendapatkan kemenangan sulung bagi saingan kelayakan Piala Dunia. 

Ini merupakan tugas pertama buat pengendali dari Jepun ini setelah dilantik pada bulan Februari yang lepas. 

“Matlamatnya ialah menang. Semua orang mahu menang. Bukan hanya pemain, penyokong (dan) kakitangan kejurulatihan. Semua orang mahu menang. Ia adalah gol. Satu-satunya sasaran ialah menang,” katanya hahaha kepada CNA dalam temu bual eksklusif semasa majlis itu.

Advertisements

Jurulatih berusia 57 tahun ini yakin bahwa barisan pemainnya mampu mempamerkan aksi terbaik menentang China esok hari. 

“Kami boleh tunjukkan kepada penyokong kami bahawa ‘ini bola sepak kami’. Kami mahu menang sudah tentu, tetapi bagaimana untuk menang? Kami boleh tunjukkan itu kepada penyokong kami,” kata Ogura.

The Lions berada dalam Kumpulan C, diletakkan bersama China, Korea Selatan dan Thailand. 

Advertisements

Selepas dua perlawanan dalam peringkat kumpulan, Singapura gagal mencatatkan sebarang kemenangan. Ketika ini, berada di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Singapura akan bertemu China bagi aksi pertama esok dan akan berjumpa semula bagi perlawanan timbal balik pada 26 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram