Bekas pengendali Yokohama F. Marinos disebut-sebut bakal mengedalikan Malaysia bagi tahun 2025.
Harimau Malaya dijangka mengharungi revolusi besar selepas pengendali pasukan, Pau Marti tidak akan meneruskan khidmatnya pada tahun hadapan.
Beberapa nama besar telah dikaitkan untuk mengisi posisi penting selaku Ketua Jurulatih Malaysia iaitu Ange Postecoglou, Harry Kewell, Peter Cklamovski dan juga Kevin Muscat.
Khabar terbaru yang dikongsikan oleh Scoop memberitahu bahawa bekas pengendali Yokohama F. Marinos, John Hutchinson disebut-sebut sebagai jurulatih baharu negara.
Hutchinson dibawa masuk sebagai pilihan yang lebih berpatutan selepas berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyelia struktur pasukan kebangsaan baharu.
Hal ini bagi memastikan perbelanjaan FAM untuk jurulatih sejajar dengan peruntukan RM15 juta dalam Bajet 2025.
“Sebelum ini, FAM mempertimbangkan beberapa pilihan termasuk jurulatih berpengalaman mengetuai pasukan kebangsaan ke Piala Dunia, tetapi gaji mereka akan menelan kos sekitar RM7 juta setahun.
“Oleh itu, Hutchinson adalah pilihan yang lebih bijak dan lebih menjimatkan kos, terutamanya berdasarkan pengalaman dan rekod prestasinya,” kata sumber kepada Scoop.
“Pada masa yang sama, Hutchinson turut berkongsi hubungan yang baik dengan penasihat teknikal pasukan kebangsaan FAM yang baharu, Tim Cahill dan bersama-sama boleh mengubah landskap pasukan kebangsaan dengan ketara dengan pengalaman gabungan mereka.
Beliau dijangka akan tiba di Malaysia pada 15 Disember dan kini sudah memulakan langkah untuk membentuk acuan terbaik buat skuad negara.
“Hutchinson akan tiba di Malaysia dalam beberapa hari akan datang, dan FAM bersedia untuk mendedahkannya pada 15 Disember.
“Beliau juga akan memantau prestasi pasukan kebangsaan dalam Piala ASEAN yang sedang berlangsung untuk menilai pemain yang ingin dikekalkan atau dikeluarkan dalam perlawanan itu. skuad yang dirombak,” kata sumber itu.
Ujian sebenar skuad negara adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal bermula pada bulan Mac 2025.
Tugasan terakhir Hutchinson adalah menentang Nagoya bagi aksi liga yang menyaksikan pasukannya tunduk dengan keputusan 0-2.