Ads
Pengganti Arif Aiman & Faisal Halim Bukan Calang-Calang
Harimau Malaya
Azri/MakanBola

Pengganti kepada dua tonggak utama Harimau Malaya, Arif Aiman dan Faisal Halim merupakan watak yang cukup hebat dan bukan calang-calang pemain.

Advertisements

Gambaran ini telah diberikan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon pada awal sesi latihan skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Bishkek bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Katanya, sungguhpun terkesan dengan ketiadaan beberapa tonggak utama pada aksi kali ini, beliau yakin barisan pemain yang diberi tanggungjawab mampu untuk menggalas tugas dengan baik.

Advertisements
Advertisements

“Sudah tentu pasukan merasainya. Faisal dan Arif Aiman merupakan pemain dengan minit bermain tertinggi begitu juga jumlah jaringannya. Sudah tentu kehilangan beberapa pemain memberi kesan kepada taktikal kami.

“Namun begitu, kita tidak bergantung kepada hanya individu dalam permainan kita. Kami bermain sebagai satu pasukan. Kita perlu mencari cara untuk kuat sebagai pasukan,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Advertisements

Beberapa watak baharu telah dipanggil untuk mengisi kekosongan dalam skuad kali ini dengan nama-nama seperti Haqimi Azim, Adib Ra’op, Engku Shakir dan ramai lagi mencuri tumpuan.

Pan-gon bagaimanapun mengakui tidak mempunyai banyak pilihan untuk mengganti dua watak penting Harimau Malaya itu dalam tempoh singkat.

“Saya rasa kamu sudah tahu siapa (pengganti Arif dan Faisal). Kita tidak mempunyai banyak pilihan kali ini. Ada Safawi dan Akhyar di situ.

“Akan ada juga beberapa perubahan mengikut taktikal tetapi dalam beberapa hari lagi kita akan melihat siapa yang bakal mengisi kekosongan tersebut,” jelasnya ketika ditemui.

Skuad negara akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Advertisements

Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram