Pengganti Baddrol Bakhtiar? CEO Sabah Ada Jawapannya
Liga Super
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Selepas tonggak emas Sabah, Baddrol Bakhtiar mengumumkan untuk meninggalkan Sabah skuad The Rhinos belum ada kata putus untuk mencari calon pengganti beliau.

Ketika bersama Sabah, Baddrol telah mencatat 13 gol sepanjang 41 penampilan sejak musim lepas. Selain berperanan sebagai kapten, individu berusia 35 tahun ini menjadi watak penting kem Sabah ketika di bilik persalinan.

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee mengakui sukar untuk mencari seseorang pengganti seperti Baddrol namun menyatakan keinginan untuk membawa masuk pemain baru sebagai pelengkap posisi yang ditinggalkan Baddrol.

Advertisements

“Ini terpulang kepada pihak pengurusan dimana saya akan cuba dengan apa yang ada ketika ini. Jika kita mempunyai kemampuan dari segi kewangan sudah tentu saya akan menambah baik pasukan kita, dimana kita harus mengharungi banyak lagi perlawanan liga, Piala Malaysia dan Piala AFC,” ujar Ong Kim Swee.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Marzuki Nasir ketika ditanya mengenai pengganti Baddrol menjelaskan bahawa pihak pengurusan Sabah akan berbincang dengan staf kejurulatihan terlebih dahulu. Namun setakat ini, masih tiada calon yang dijangka perkuat Sabah.

Advertisements

“Saya bagi pihak pengurusan dan peminat Sabah mengucapkan teirma kasih atas khidmat bakti Baddrol selama beliau berada di Sabah. Untuk sementara ini, saya dan Datuk Ong masih berbincang untuk calon pengganti Bad. Tapi setakat ini tiada lagi,” ujar Marzuki Nasir kepada MakanBola.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram