Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjawab mengenai pengganti Exco FAM, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya dalam FAM.
Hamidin ketika ditemui dalam majlis Liga Wanita Nasional memberitahu bahawa beliau sudah menerima surat peletakan jawatan Shahril Mokhtar.
“Semalam (Rabu), beliau telah menghubungi saya dan saya sudah menerima surat peletakan jawatan tersebut.
Katanya, peraturan bagaimanapun menetapkan pengganti posisi tersebut bakal diisi pada pemilihan yang akan berlangsung tahun hadapan.
“Kalau mengikut peraturan (statute), pemilihan seterusnya baru kita akan ada pengganti. Jadi pemilihan akan diadakan pada tahun hadapan untuk semua jawatan,” jelas Hamidin ketika ditemui.
Posisi tersebut juga tidak boleh diisi secara individu disebabkan pemilihan dilakukan dalam kongres yang diadakan kelak dan tidak ada lantikan sementara akan dilakukan.
Hamidin juga memberitahu bahawa beliau sudah menghantar surat kepada pihak istana untuk mengadap Sultan Selangor berhubung isu yang tular ketika ini.