Penggunaan VAR Cecah RM6 Juta, MFL Fokus Tingkatkan Kualiti Liga Malaysia
Liga Super
Azri/MakanBola
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam mendedahkan kos penggunaan sistem bantuan video pengadil (VAR) mencecah RM6 juta.

Perkara ini dinyatakan beliau kepada media selepas sesi simulasi VAR kepada pemegang taruh berkepentingan iaitu media, pegawai pasukan, jurulatih dan pakar bola sepak di Stadium UiTM semalam.

Ini sebagai persediaan kepada perlaksanaan sistem VAR dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2024/25.

Advertisements

Stuart menyatakan kos tersebut digunakan bagi merealisasikan perlaksanaan VAR untuk saingan Liga M nanti. Setakat ini, MFL telah mendapatkan empat unit VAR untuk kegunaan liga.

Stuart turut mendedahkan kos operasi VAR dalam setahun ialah sekitar RM3.2 juta hingga RM3.4 juta. Pada masa sama, beliau percaya kos ini akan dapat diturunkan untuk tahun-tahun seterusnya.

“Setakat ini, RM5 juta (hingga) RM6 juta sudah digunakan. Sementara untuk kos operasi setahun pula sekitar RM3.2 juta hingga RM3.4 juta untuk kos operasi VAR (yang dicampur sekali dengan) kos-kos pengadil.

Advertisements

“Kita harap kita boleh kurangkan kos ini. Ini bajet sahaja bukan kos sebenar. Tapi kita harap kita dapat kurangkan semasa perlaksanaan (sistem VAR).

“Tapi kita tak tahu apa yang keperluan kita perlu ada seperti alat ganti, peralatan tambahan atau keperluan tempatan semasa perlaksanaan VAR. Jadi, kami berharap bajet tersebut cukup,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Nadi Arena.

Stuart turut mengakui dengan pengenalan sistem baru ini, potensi masalah akan timbul terutama pada tahun pertama perlaksanaan sistem VAR.

Advertisements

Atas sebab itu, MFL bersedia menerima kritikan dengan hati terbuka dan berusaha menambahbaik sistem VAR agar dapat memuaskan semua pemegang taruh berkepentingan termasuk penyokong.

“Kita akan buat secukupnya mengikut bajet yang kita ada dan dengan kekangan infrastruktur sedia ada. Dan tahun pertama biasanya kita akan berhadapan masalah bila berada di lapangan.

“Kita akan hadapi (isu VAR yang timbul) dengan mentaliti hati terbuka (dan) dengan mentaliti mencari solusi yang terbaik untuk Liga M daripada semua perlawanan latihan yang kita ada, kita baru umum baru-baru ini. Kita akan bersedia untuk musim akan datang ini,” tambahnya.

Advertisements

Sekiranya sistem VAR mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sistem berkenaan bakal membuat kemunculan pertama untuk aksi Piala Sumbangsih pada bulan hadapan.

Aksi tersebut bakal menemukan juara Liga Super musim 2023, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan naib juara liga musim lepas, Selangor FC. Perlawanan bakal berlangsung pada 10 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram