Advertising
Pengulas Indonesia Anggap Malaysia Lebih Bahaya Berbanding Thailand
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pengulas Indonesia melabel bahawa aksi Malaysia jauh lebih berbahaya berbanding Thailand.

Situasi ini terjadi ketika pertembungan antara skuad muda negara menentang Thailand B-19 dalam Kejuaraan Asean B-19.

Ad

Pertarungan sengit itu memaksa kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata dengan Malaysia B-19 muncul juara Kumpulan C.

Ad

Indonesia bakal menjadi halangan besar anak didik Juan Torres pada aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 27 Julai 2024.

Menurut pengulas Indonesia, beliau menganggap aksi Malaysia B-19 lebih dominan berdepan jaguh Asean seperti Thailand.

Ad

Malah, serangan yang diatur oleh skuad muda negara juga lebih berbahaya berbanding lawan yang muncul naib juara.

Ad

“Pemain Malaysia kelihatan lebih yakin mengatur serangan ke kubu Thailand. Mereka seolah-olah lebih yakin walaupun ketinggalan satu jaringan,” ujarnya ketika mengulas aksi tersebut.

Ad

Statistik membuktikan bahawa skuad muda negara mempamerkan perjuangan seimbang dengan Thailand dengan penguasaan 49 peratus bola dan 6 percubaan dilancarkan.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Australia bakal berdepan Thailand B-19 untuk menempah satu slot ke final.