Pengurus Sabah Ucap Selamat Tinggal
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Salah seorang individu penting iaitu pengurus Sabah kini sah meninggalkan pasukan.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Rafie Robert mengucapkan terima kasih buat Sabah FC oleh kerana 20 April lalu adalah hari terakhir beliau memegang jawatan itu.

Ad

“Terima Kasih Sabah Football Club. 20 April 2025 adalah hari terakhir saya bersama pasukan Sabah FC Liga Super 2024-2025 selaku Pengurus Pasukan,” umum Rafie Robert.

Ad

Di kesempatan itu, Rafie mengucapkan tahniah buat para pemain dan barisan staf pasukan di atas satu lagi kempen Liga Super yang cemerlang apabila menghuni tangga ke-3.

“Saya ucapkan tahniah kepada pemain, pegawai dan barisan kejurulatihan kerana berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok 3 kelab Liga Super dan memberikan saingan yang terbaik diantara pasukan yang lain.”

Ad

Malah, beliau turut menghargai sokongan peminat Sabah yang sering kali hadir ke stadium memberikan semangat kepada pasukan yang berjuang di atas padang.

Ad

“Tidak dilupakan juga kepada para penyokong yang sentiasa memberi semangat dan hadir ke stadium. Sokongan padu anda sangat memberikan semangat kepada pasukan.”

Ad

Sebelum mengakhiri bicara, Rafie mengucapkan terima kasih di atas peluang dan juga kepercayaan yang diberikan kepada dirinya untuk memegang jawatan yang penting dalam skuad Sabah musim ini.

“Saya sangat berterima kasih dan menghargai kepada pihak pengurusan kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya sebagai Pengurus Pasukan bagi musim 2024/2025.”

“Ruang yang diberikan ini sangat berharga dan menjadikan pengalaman saya mengendalikan pasukan liga super,” ucap Rafie Robert di hujung bicara.

Musim ini, Sabah sekali lagi tampil cemerlang apabila berjaya sahkan tempat ke-3 Liga Super buat kali ke-3 berturut-turut tatkala khabar angin mengaitkan beberapa tonggak utama pasukan akan berhijrah keluar.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments