Pengurus Skuad B-22 Thailand Letak Jawatan
Asia Tenggara
@TL_Central
Advertisements

Semua maklum kemeriahan aksi final Sukan SEA 2023 membabitkan Indonesia dan Thailand pada 16 Mei lalu dicemari dengan insiden pergaduhan membabitkan kedua-dua pasukan. Dan hari ini, sebagai mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku, pengurus skuad B-22 Gajah Perang meletak jawatan atas apa yang berlaku.

Menurut laporan Siam Sport, Yutthana Yimkarun yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan keputusan tersebut hari ini. Surat perletakan jawatan turut dihantar kepada FAT bagi membolehkan pihak persatuan mencari figura baru untuk mengurus skuad B-22/B-23 Thailand.

Yutthana sebelum ini mengakui apa yang berlaku berpunca daripada kegagalan pemain dan staf pasukan mengawal emosi. “(Skuad) B-22 Thailand patut belajar menerima kekalahan menentang Indonesia. Kita melakukan banyak kesilapan. Ini merupakan ujian pengawalan emosi.

Advertisements

“Saya sentiasa tegaskan bila mereka melakukan kesilapan, mereka harus belajar mengawal emosi mereka,” katanya kepada Zing News.

Aksi final Sukan SEA 2023 menyaksikan pengadil Kaseem Matar Al-Hatmi dari Oman melayangkan tujuh kad merah kepada pemain dan staf kedua-dua pasukan. Ini merupakan layangan kad merah paling banyak pernah disaksikan dalam sejarah final Sukan SEA dan membabitkan had usia 22 atau 23 tahun.

Advertisements

Begitupun, perletakan jawatan Yutthana bukan bermakna isu ini sudah berakhir. Dengan FAT sedang menimbang tindakan disiplin terhadap staf pasukan yang terlibat dalam pergaduhan dalam aksi final berkenaan, tidak mustahil akan ada lagi yang mengikut jejak langkah bekas pengurus skuad B-22 Thailand itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram