Pengurusan Melaka United Kini Fokus Liga Super 2023
Dunia
Melaka United Football Club
Advertisements

Kegagalan pengurusan Melaka United FC (MUFC) melangsaikan tunggakan gaji yang melibatkan pemain dan staf mengundang padah apabila mereka dihukum dengan tidak dibenarkan bersaing di dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan Melaka United di laman rasmi Facebook mereka, pihak pengurusan mengakui bahawa sedang berusaha menyelesaikan masalah gaji yang sedang dihadapi dan percaya bahawa masalah ini akan berjaya diselesaikan.

“Kelab Bolasepak Melaka United FC mengambil maklum pembatalan slot TM Piala Malaysia 2022 oleh pihak Malaysian Football League (MFL) berikutan isu pembayaran gaji yang tertunggak.

Advertisements

“Untuk pengetahuan, kelab masih berusaha untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi dan percaya krisis yang berlaku ketika ini dapat diselesaikan jika semua pihak berkepentingan bersama-sama membantu dalam memastikan kebajikan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan yang akhirnya menjamin kelestarian kelab,” umum Melaka United di laman Facebook mereka.

Pengurusan pasukan juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pemain, staf, pegawai dan penyokong pasukan. Mereka kini fokus untuk mendapatkan lesen bagi membolehkan Melaka United beraksi di Liga Super 2023.

“Pihak pengurusan mengambil iktibar daripada isu ini dan akan terus memandang ke hadapan bagi memastikan MUFC memperoleh lesen bagi menyertai Liga Malaysia 2023,” jelas pihak MUFC mengakhiri kenyataan rasmi tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram