“Pengurusan Minta Jurulatih Turunkan Pemain Import Atas Alasan Gaji Mahal” – Haris Safwan
Dunia
Advertisements

Bekas pemain bintang Petaling Jaya (MPPJ FC) yang pernah menggamit perhatian peminat bola sepak Malaysia pada tahun 2003 mempunyai pendapatnya sendiri berkenaan permasalahan kebanjiran pemain import.

Seperti yang dimaklumkan oleh Football Terengganu, Harris berpendapat, pemain tempatan sudahpun memberikan saingan kepada pemain import.

“Malaysia semakin ketinggalan dalam bola sepak. Ayat ni selalu bermain di media sekarang dan saya bersetuju.”

Advertisements

“Pihak bertanggungjawab perlu memainkan peranan agar Malaysia meningkat dan terus meningkat.”

“Saya bersetuju bahawa pemain import yang terlalu ramai menjejaskan pemain tempatan.”

Haris berpendapat, pemain tempatan telah berikan yang terbaik untuk bersaing dengan pemain import.

Advertisements

“Namun saya tidak bersetuju bahawa pemain tempatan tidak memberikan saingan pada pemain import.”

“Ada banyak sebab yang membuatkan pemain tempatan sukar mendapat tempat, antaranya adalah pengurusan meminta jurulatih turunkan pemain import atas alasan gaji mahal yang dibayar.”

“Satu perlawanan diberikan peluang kepada pemain tempatan, tak menunjukkan prestasi yang baik mereka terus dihukum.”

Advertisements

“Pemain import tidak menunjukkan prestasi baik diberikan peluang 4-5 perlawanan. Ini tidak adil.”

“Maaf, mungkin ada yang terasa tetapi ini adalah realiti yang harus ditelan.”

“.. lagi baik Liga M beraksi tanpa pemain import buat sementara waktu, mungkin untuk tempoh 5-8 tahun.”

Advertisements

“Ini akan membuatkan ramai pemain tempatan mendapat lebih minit permainan.”

Selain itu, Haris juga ingin pembangunan akar umbi diperkasakan.

“Perkasakan pembangunan akar umbi, bagi satu DNA yang semua perlu ikut dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun. Bukan 2-3 tahun tukar, sampai bila-bilapun FAM tidak akan ada identiti.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram