Penjaga gol pasukan kebangsaan Filipina, Neil Ethridge dilaporkan berada dalam radar jaguh Thai League 1, Buriram United.
Pemain berusia 34 tahun menghabiskan sebahagian besar karierinya di Eropah selain pernah menghangatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Cardiff City.
Beliau kini bersaing EFL Championship iaitu Divisyen Dua England bersama Birmingham City FC sejak musim 2020/2021.
Menerusi beberapa laporan daripada media Thailand, Neil kini dikaitkan dengan kepulangan semula ke Asia Tenggara dengan Buriram United berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Laporan daripada Birmingham menyebut bahawa terdapat beberapa pemain senior pasukan yang masih tidak dapat dipastikan masa depannya termasuklah pemain kebangsaan Filipina ini.
“Blues mempunyai lapan pemain senior pada akhir kontrak mereka. Mereka akan mengetahui status beberapa hari dan minggu akan datang sama ada mereka adalah sebahagian daripada rancangan musim hadapan.
“Pemain pasukan utama seperti John Ruddy, Marc Roberts, Ivan Sunjic dan kapten kelab Lukas Jutkiewicz adalah antara pemain yang akan tamat pada bulan Julai. Pemain berpengalaman seperti Neil Etheridge, Gary Gardner, Keshi Anderson dan Scott Hogan juga melihat kontrak mereka berakhir tidak lama lagi,” ujar laporan tersebut.
Kontrak Ethridge akan tamat pada 30 Jun 2024 dan beliau hanya beraksi beberapa perlawanan bersama pasukan pada musim ini.
Pemain berketinggian 1.88 meter ini turut dikaitkan untuk kekal berkelana di Eropah namun masa depannya masih menjadi tanda tanya.
Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, Neil aka beraksi bersama kapten Harimau Malaya, Dion Cools dalam satu pasukan.