Penjaga Gol Harimau Malaya Jadi Buruan Selangor
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Kelab gergasi Liga Super, Selangor FC difahamkan sedang memburu khidmat penjaga gol Malaysia bagi memantapkan saingan pada posisi tersebut.

The Red Giants kini dalam usaha untuk mencari sosok yang paling layak untuk mengisi penjaga gawang selepas aksi kurang memberangsangkan oleh pemain sedia ada.

Ad

Selain itu, pesaing sengit diperlukan untuk memberi cabaran kepada dua orang penjaga gol pasukan, Khairul Azhan dan Sam Somerville.

Ad

Menerusi satu perkongsian oleh wartawan terkemuka Malaysia, T. Avineshwaran, penjaga gol KL City FC, Azri Ghani kini berada dalam radar Selangor.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan pemain skuad bawah 23 tahun negara selain memainkan peranan sebagai penjaga gol di peringkat senior.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Ad

Beliau kini difahamkan berada dalam radar Selangor dan Perak yang serius mahu mendapatkan khidmatnya.

Ad

Persaingan sengit di bawah kendalian Bojan Hodak menyaksikan anak jati kelahiran Kelantan ini menjadi pilihan ketiga di belakang penjaga gol muda, Azim Al-Amin.